Saturday 7 January 2012

Hari ke-3 kat SEKOLAHH !

Assalamualaikum ! Kepada yang dah start ke sekolah amacam? Pe citer? Apa yang pasti mesti semua orang de banyak sangat cerita sepanjang menjejakkan kaki ke sekolah kan. Hehe cam tau tau je kan! Memang lah sebab byla pun de banyak sangat cerita nak citer nih.huhu.Nak dengar tak? Tapi harap maaf! Mungkin anda akan merasakan cerita ini sangat bosan..maafkan saya! Don`t kick me!!

Okey macam nie ceritanya..sebenarnya semalam hari ke 3 kat sekolah. Sebab hari nie hari sabtu kan. Hahaha. Terkelewatan pulak untuk dicerita in..

Hari pertama sekolah tak macam biasa. Byla rasa bersemangat gile!! Yelah kan hari pertama katakan. Bangun pun fuhhh punye lah awal. Then kat sekolah dapat jumpa kawan-kawan. Memang gila happy lah,lame tak jumpa dowang sepanjang percutian yang panjang dulu..

Hari ke 2 sekolah masih bersemangat lagi tapi cuma terbangun lambat seminit je.hehe..hebat kan!
Kat sekolah pulak ada mesyuarat agung bagi kokurikulum. Hari ni mesyuarat untuk unit beruniform dan kelab persatuan. Ala mesyuarat untuk pilih sapa dapat jawatan. Selalunya mesti yang hensem2 cantik2 orang ramai undi kan. Byla pun tak paham apekes. Apa lah yang ada dengan rupa kalau buat kerja pun malas. Bak kata orang `Harap muka je cantik,hensem!`
Tapi alhamdulillah tahun ni dah tak macam tu dah. Untung lah semua dah sedar camna cara nak undi orang. Bukan bila nampak muka hensem je automatik tangan terus angkat! Ish ish ish..Don`t judge book by it`s cover bak kata byla. Haha. Betul la kan peribahasa tu! Sokong!!!
dipendekkan cerita byla masuk Kadet Pertahanan Awam,English Society dan Kelab Ping Pong(macam reti je main ping pong kan.Haha.)

Time mesyuarat agung Kadet Pertahanan Awam,byla tetiba dapat jawatan Setiausaha. Alhamdulillah..terkejut jugak tau. Orang lain dapat jawatan semua kena guna undian tapi byla tupp tupp trus dapat.Alhamdulillah rezeki.Terima  kasih cikgu sebab percayakan saya! Saya janji saya akan buat yang terbaik!! Hiyahh.(jeritan semangat)
Huhu sebenarnya cikgu lantik jadi bendahari pastu tetiba tup tupp cikgu naikkan jawatan jadi Setiausaha.Aduhaii..Akak form 5 tu mesti bengang je dengan byla..huhu. Sori akak!!
Urm nak tau tak?? Nak tau cepat angkat jari kaki! masa tahun lepas kan byla and geng2 byla masuk kawad kaki wakil sekolah tau! Hehe geng ulat buku (kiteorang lah tu!)pun masuk gak tau kawad! Walaupun lembut kitorang kuat tau..hebat kan..
Kawad!! Nie apesal peace peace pulak nihh.

Soryy..Picca tahun lepas lah.


Okey hari jumaat,hari ke 3 sekolah..urm tak ingat lah nak cite apa.Hehe.
Hah!! Hari ni ada mesyuarat agung rumah sukan dengan mesyuarat agung sukan dan permainan. Byla tak pegang jawatan pape dah sebab kat sekolah cikgu tak kasik pegang jawatan bebanyak. Kena bagi peluang kat orang lain gak. Untung kat sekolah byla,cikgu sangat2 lah memahami. I LOVE U TEACHERS!!

Hari ni hari pulak kena pergi sekolah sebab ada perjumpaan pengawas. teacher nak bahagikan tugas2 untuk pengawas. Walaupun hari sabtu tapi kena bangun awal macam biasa jugak. HUhu,tapi takpa lah kan. Byla lagi suka! Then balik daripada perjumpaan pengawas, byla,kazen byla and adik byla pergi alamanda. Saja saja je. Nak jalan2,nak carik buku. Memang bez lahh. Nie first time byla keluar dengan kazen byla. Dengan kawan kawan tu lain cerita lahh kan.
Hehe sambil sambil shopping tu kitorang pun click click tangkap gambar. Huhu. Memang bez lahh. Penat jalan tu berbaloi sangat. Walaupun kaki byla dah menangis kepenatan tetapi kubiarkan saja! Haha.

Okey lah tuje yang byla larat nak type. Dah penat sangat dah nie. Okey tata! Assalamualaikum..



Wahhh comel kan kan kan teddy bear nie..Sapa rasa tedy bear nie  comel macam baju hitam tu cepat beli! Pastu kasi kat byla taw..HAHA ,sebab byla  tak kesampaian nak membeli nye..Huhu tapi takpelah dapat peluk pun jadi lah en. Byla harap byla dapat teddy bear nie free free je. Alahaii berangan lah pulakk!! Wehh sape lah nak kasi ! ( Nak sangat !) ^_^


Okey nie lah kazen byla yang byla ceritakan tu..Yasmin namanya..Bez kitorang jalan jalan. Macam macam kitorang shopping tau. Dia tahun ni akan menduduki peperiksaan PMR. Gudluck  okey!!




No comments:

Post a Comment