Wednesday 1 February 2012

fryna,chira,farrah..thanks for everything.



fryna aziz..
thank you!



chira,farrah thank you!!

Thanks for everything..

aku doakan semoga persahabatan suci kita akan terus berkekalan,,..semoga korang berjaya dalam ape je yang korang laksanakan..amin.

semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati korang.
Sayang korang selalu!!

Jan 2009..
Kita mula bersahabat..Walaupun kengkadang gaduh2 manja tapi kita tetap bersahabat dan menerima kekurangan dan kelebihan diri masing2. =)

 2010
Kita tetap sahabat!


sampai bila2
Kita sahabat dunia akhirat!! Love korang.
*cerita yang diringkaskan. haha.
walau apa pun..kisah persahabatan kita tetap wujud dan tak kan pernah ditelan dek raksasa zaman. Walaupun kisah kita memang tak akan masuk dalam buku teks sejarah tingkatan 1 hingga 5 macam zaman Paleolitik,zaman Neolitik dan zaman logam tapi ianya tetap wujud dalam buku teks sejarah aku..haha.


Ini kisah persahabatan byla kat dunia 14.
Dunia 14 : SMK Putrajaya Presint 14 (1)


30 Jan 2012
Tarikh yang takkan dapat byla lupakan. Hari ni last day fryna kat dunia 14..Fryna,jangan lupakan kitorang! Masa balik,kat pagar sekolah byla tarik beg fryna pastu suruh dia pusing belakang,tatap puas2 dunia 14. Dunia yang dia akan tinggalkan..*fryna dapat sbp kat kuantan. Byla rasa sebak gila2 . Byla tahan air mata nie..tak sanggup nak menangis depan fryna. Chira dah menangis dah.hmm sedih sangat. * farrah tak datang hari ni.

Pastu,masa dalam van byla bukak tingkap van besar2 (memang dah tau fryna jalan kat situ) masa nampak fryna byla jerit kuat2 nama dia..

Fryna!! Fryna!! Dua kali byla jerit tau... Lantak la budak2 dalam van nak cakap ape pun..

Masa jerit tu memang dah sebak dah..Pastu byla babai fryna untuk kali terakhir. selamat tinggal fryna.. Aku doakan semoga kau berjaya kat sane nanti.


Sekian,terima kasih..
Thanks sudi baca luahan hati ni.

Hargai lah sahabat masing2 okey,
sahabat sejati memang sukar dicari..


Bila dah dapat,korang memang patut hargai and bersyukur kepada Ilahi sebab kurniakan insan bergelar sahabat.






Tuesday 24 January 2012

Nak kencing orang tu agak-agak la sikit.

 Wahh.... Bila baca tajuk entry nie nampak sangat si penaip tengah bengang a.k.a marah a.k.a hot.



Huhh..

Sila jawab!!

Astaghfirullahalazim. Ish tak lahh. Penulis nie cool je. Haha!
Ehh tak marah lah.Betul, tak marah pun!

Hari nie byla nak citer pasal kencing. Kencing??!

Byla!! Why cakap pasal kencing kencing pulak nie! Hey takde keje ke makcik nihh..

*Dushh kepalaku diketuk.

-HARAP MAAF-
Kepada yang tak tau- Kencing tu sama maksud dengan ditipu oleh si penipu yang ada niat nak menipu kepada si tertipu.

Err maaf! Ayat ni agak berbelit belit sikit..hehe
Ish amenda la byla nie.Err paham tak maksud byla?

Byla tak marah kat kaki-kaki kurap si penipu. Yang byla bengang sebab kadang-kadang penipuan yang dibuat oleh si penipu yang kaki berkurap nie boleh wat dunia kacau bilau,boleh wat orang tak sakit menjadi sakit(sakit hati dan jantung) ,boleh wat friendship musnah and boleh gak wat perang dunia tercetus.

Nak tau sebab ape?
  1. Si penipu ni mulut bercabang. Sekejap cakap lain,sekejap sekejap cakap lain pulak. Orang yang bebas daripada migrain pun boleh migrain. Hoho.
  2. Sahabat baik boleh bertengkar bila si kaki penipu mereka-reka cerita yang sememangnya tak benar dengan sebab dia jelous tengok persahabatan sejati kedua-dua kawan tak bersalah tu. Macam negara jugak lah. Kadang-kadang berperang sebab salah paham je!
BAB PERCINTAAN PULAK:

 
Apabila pasangan bercouple menipu-

Kesannya??

-sakit hati dan jantung
-kemurungan
-kepeningan kepala
-tidak bersemangat
-bengang
-mata bengkak
-tak dapat tidur kat bantal sebab tengah jemur
-hot je!!




 
Contoh drama:

-masa tengah couple-

Boboy : Sayang, i sayang u sangat sangat! U lah cinta pertama and terakhir i ..Love u sayang! *perhatian! Sila sediakan baldi dengan segera apabila ada tanda2 hendak muntah.
Gegirl : Ohh yeke baby? Is it true?! (Eh,bukan engkau pernah kapel dengan si Maimunah-bukan nama sebenar ke sebelum nie?)

Bila dah clash

Boboy : Kawan kawan,sekarang nie aku couple dengan si Timah lahhh. Aku sayang dia..Dia lah cinta pertama dan terakhir aku.

???

-Drama kedua-

Pasangan couple lepas clash and terjumpa balik setelah sekian lama terpisah

Si lelaki : Maaf,dulu mak yang suruh pindah. Sebab tu kita terpaksa berpisah.
Si perempuan : Ohh takpelah. Dah berlalu dah kan nak wat camne. (Ehh bukan lepas clash dengan aku engkau terus mintak couple kat Zainab budak kelas aku ke?)

???


Bengang kan bila kena tipu hidup-hidup. Kita tak mati lagi dah kena tipu. Haha. Pengajarannya, tolonglah jangan menipu.

Sebab menipu tu tak baik tau! Tamo lah tipu-tipu.

Kencing kat tandas tak salah..Memang tak salah! Lumrah lah kan kencing tu tapi tak mau la kencing-kencing kat manusia. Buruk padahnya selain dapat dosa kering.

Renung-renungkanlahh...hehe..

Nothing will get u in bigger trouble than lying.
Peace!!





 

Monday 23 January 2012

The meaning of friendship.

(versi mesej yang baru byla terima semalam)
daripada seorang sahabat. Haha thanks yaa.

I know semua orang mesti ada sahabat kan? Me too. And i love them very very much.

Yang byla sayang antaranya ialah chira,fryna,farrah dan lain-lain. Semuanya byla sayang!! Thanks sebab sudi jadi kawan byla. Love korang!!

Hehe. Actually tak tau dah nak taip amenda. Tadi seriously banyak giles idea datang menjengah di kepala haku. Eh,tetiba idea dah blah macam tu je. Huhu. Pelik tak ? Kan kan..

Ehh apa yang byla merepekkan nih.  

Hehe..suka tau merepak tak tentu hala tujuan!

Kay..sambung cerita. Tengahari semalam secara tiba-tiba seorang sahabat lama datang kembali. Nak tau siapa? Haha. Tak mau lahh gitau! Baru la surprise sikit en.

Err dia call byla guna number baru. Mula-mula byla nak tak nak je angkat tau sebab unknown number. Tapi my mummy dah pandang byla. Angkat la cepat! Buat bising jela fon tu..kata mummy ku di dalam hati. Pastu angkat jelah kan.

Then tanya la sapa tuhh.Setelah 5 saat berteka teki and suara si pemanggil macam haku kenal. Rupanya si tuttt tuttt. Orang yang pernah tinggalkan parut dalam hati byla. Seorang sahabat yang pernah berkongsi masa suka dan duka bersama-sama byla.
Identiti dirahsiakan.Haha!

`Owhh`,balas byla padahal hati ni terkejut beruk ala ala beruk comel bermuka innocent. TERkezutt gak lah. Setelah lama mengghaibkan diri and tadaa...

...Dia datang..

Rupanya dia dah balik ke negeri yang dirindui..huhu. Rabu ni balik negeri sana balik. Kat mana?? Adolahh. Wahai sahabat,byla tak pernah sombong,tak pernah lupakan engkau kerana engkau sahabat aku. Ingat tu! Yang dah berlalu tu biarlah berlalu. Kita tetap sahabat kan walaupun kita dah tak macam dulu right?

Walaupun dia pernah merobek hati byla sedalam-dalamnya. But,byla tetap sayangkan engkau di dunia dan akhirat.

Err..

Macam-macam lahh topik yang diborakkan semalam. Well,kawan lama beb!

Malam tadi dia call byla lagi. Dua dua kediaman kerana tengahari tadi terlebih borak. Sudahnya,tak tahu nak cakap apa dah malam tu. Padan la muka haku kan.

Perbualan di talipon dihentikan sebab mama dia panggil. Tak silap byla mama dia kowt. Dia janji nak kol kejap lagi.

Kejap punya kejap,then bertukar menjadi lama.

Lama punya lama,dia tak talipon balik pun malam semalam.

And i`m still waiting...Byla langsung tak tidur semalam sebab tunggu dia call. Byla tuntut janji dia. But,dia tak call balik.

Kini,mataku sudah iras-iras beruang panda yang serba comel itu. Hasilnya?? Jadi comelkah? Sila jawab wahai sahabat!!

Persoalannya,adakah byla telah dilupakan?

Secara positifnya,takpelah maybe dia busy,ada menda nak wat. Nak wat camna kan. It`s okey.

Masa dulu-dulu byla mengaku,byla agak teruk. Dia cakap nak call malam nanti (dulu-dulu),tapi byla selamba badak boleh tertidur. Bukan sekali,bukan 2 kali,bukan 3 kali and bukan jugak 4 kali tapi berkali-kali darab bahagi byla selamba badak. Ehh,melalut suda! 

Sorry kay.. Byla tak sengaja. Betul-betul tak sengaja wahai sahabat!

Sekarang maybe byla memang patut rasa kena camtu. Biar lah tak tidur semalaman.. Hasilnya byla sedar kesalahan and kesilapan yang byla dah wat dulu. One more time, i`m so sorry..



u will never know how sorry i am. Sorry kay wahai sahabat lamaku.




Sunday 22 January 2012

Ruang itu kosong.


Kosong = Tak ada pape = Sifar

Assalamualaikum. Setelah baik sikit daripada luka hati yang berdarah barulah byla bersedia nak menari narikan jari-jari runcing nih. Lame dah dia tak menari.



Huhh..Tarik nafas
.
Kelmarin byla tengok dia nazak depan mata byla sendiri. Mata ini yang menyaksikan segalanya. Terasa cepat sangat sangat masa berlalu. Air mata ni tak henti henti mengalir dan terus mengalir. And, pastu,tepat jam 10.30 malam(lebih kurang),dia dah pergi meninggalkan byla dan kembali kepada pencipta-Nya.

Pagi semalam,dalam hujan rintik-rintik tu byla pegang jenazah dia dalam tangisan yang tak henti henti.

Badan dia kaku,sejuk. Masa tu byla harap sangat keajaiban berlaku and dia tiba-tiba hidup balik and sebut meow meow. Tapi tak.. Mana mungkin kan..
 
Then abang byla tolong letakkan kat dalam liang kubur dan tanam dia. Time tu memang byla menangis gile gile lahh. Hingus pun meleleh tak ingat dunia. Sedih sangat..

Then byla masuk bilik cepat cepat dan terus menangis.

Byla cuma sempat jage dia dalam 9 hari saja. Tak sempat nak tengok dia membesar sihat macam kucing-kucing lain..hmm dik,akak harap adik berbahagia di sana. Semoga Allah akan menjaga adik kat sana. Amin. Ye akak tau adik memang suci daripada dosa. Akak sayang adik. You know that, right?

Byla,siapa yang meninggal ni? Tell me!

Hmm nak tau? Ingat tak dalam post sebelum byla de cerita pasal dapat adik baru. ANAK KUCING yang byla bela tu. Tak sampai sepuluh hari byla dapat jaga dia.

Pagi kelmarin (Sabtu) lepas makan pagi dia tidur. Then petang tu dah rasa lain macam dah. Dia tidur dalam keadaan yang lain daripada kebiasaannya. Byla pun pelik lah kan. Byla kasi makan minum dia tak nak. Dia tak dapat bangun pun time tu !

Masa malam tu pun macam tu jugak. Malam tu dia dah nazak. Byla tak sanggup tengok dia menahan kesakitan sampai macam tu sekali. Byla tak dapat nak buat pape dah. Byla cuma dapat urut-urut leher dia sambil menangis je. Byla and family semua dah risau sangat time tu..

Kesakitan yang dia tanggung akhirnya tamat pada malam itu juga. Lepas tu,ruang itu kosong. Dah tak ada suara manja meow2 yang dapat byla dengar lepas tu.

Byla tengok lagi tempat tu, tapi..ruang itu kosong.

Byla tengok lagi dan lagi dengan perasaan yang sayu, but ruang itu tetap kosong.



Friday 20 January 2012

Tukar sekolah ??

 Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..Firstly,alhamdulillah syukur. Sebab apa bersyukur? Sebab byla hamba-Nya yang bersyukur ke? Alhamdulillah kalau macam tu.

Hehe. Yups,i`m absolutely super duper happy. (sebenarnya memang setiap hari happy). Tapi hari ni Happy dia lain sikit. Dia macam happy plus tak happy. Camne ek? Susah lah nak cakap.. >,<

Okey..straight to the point. (eh,apesal macam serious sangat nihh. Ehh makcik (saya ke makcik?),u buat lah lawak sikit. Sian readers blog nih termasuk dalam mood campur berbaur u nihh.

Haiyaa maaf semua..

Actually,i got bid from mrsm..waa suka lah tu kan kan kan. Iye suka sangat sangat sangat...Alhamdulillah ada rezeki dapat masuk.

Byla dapat tawaran ke MRSM Merbok,Kedahh. Fuhh jauh tu tercampak. Haha.Just kidding. Bukan tercampak tapi terterbang.

And insyaallah panjang umur byla akan jadi salah seorang student dekat situ. Kepada pelajar-pelajar yang tengah belajar kat MRSM Merbok, haii!! Salam 1 Malaysia!
Harap dapat ramai kawan kat sana nanti.

Hmm bila cakap bab kawan..hmm. nih nak nangis ni. Huhu. Sedih sangat terpaksa tinggalkan korang semua. Kepada kawan2 byla yang tersngat sangat lah byla sayangi-Aku nak korang tau,aku sayang korang selalu lalu lalu lalu... Aku mintak maaf sangat kalau ada tersalah bahasa,tercakap bahasa lain(hamboii macam tau bahasa lain je) ,sorry kalau tetiba tercakap bahasa jawa ke kan.




Huhh. Tarik nafas..

Byla dah takde kat SMK PP14(1) menjelang 8 Februari ni. Byla just ada masa seminggu je lepas seminggu cuti raya cina nanti.



Goodbye korang! Byla akan sentiasa rindukan korang. T_T
Korang semua akan sentiasa jadi kawan yang TERBAIK dalam hidup byla. Thanks.





Friday 13 January 2012

Dapat adik baru!

Assalamualaikum..Apa khabar? Sihat tak?

Kalau tak sihat minum air masak banyak banyak tau! Sekarang nie cuaca agak panas so kena minum air banyak sikit. Kat sekolah bezfriend byla pun tak bape sihat.Cian dia. Maybe sebab sekarang ni cuaca tak menentu. Tengahari panas then petang hujan. Alhamdulillah allah turunkan hujan untuk makhluk makhluknya di muka bumi ni.

urmm hari ni byla nak cerita pasal adik baru byla lah..

Okey okey..camni ceritanya..Haha. Jangan gelak tau!

My mummy tak bersalin pun sebenarnya. Tadi lepas abang byla balik sembahyang jumaat,tiba tiba je abang byla bawak balik seorang adik.

Jeng..jeng...jeng...

Ada seekor kucing comel kat tangan abang byla. Wahh byla terus melompat gembira sambil pujuk rayu my mummy supaya dapat membela kucing comel tu. Abang byla jumpa kucing tu kat tengah tengah jalan. Sian dia. Pastu byla tidurkan dia. Pas dia bangun baru dia nak makan. Selera sungguh dia makan! Tapi seriously,kucing tu cam rindu sangat kat mummy dia. Byla harap mummy dia tak apa apa. Koz abang byla jumpa kucing tu seekor je kat tengah jalan.Hmm.

Byla and adik byla yang tadika 5 tahun tu bagi nama ADIK kat kucing tu.Sebab tula byla cakap byla ada adik baru. Betul lah kan...haha.

Tapi sorry sangat sangat tak sempat nak letak picca adik kali ini. Insyaallah byla akan letakkan nanti ek. Waa happy nye !


Thursday 12 January 2012

Tips mencantikkan bulu-bulu kat mata (bulu mata lahh)

Assalamualaikum..

Haisshh dah lama dah tak update blog nie. Minggu ke 2 sekolah,agak busy sikit lahh. Hehe. Tak nak tanya ke camne kat sekolah ? Bez ke tak??

Okey lah byla akan jawab jugak walaupun tak ditanya. Haha. Kat sekolah bez sangat!! Byla masuk kelas 4 Sau atau lebih dikenali sebagai 4 Seri Saujana. Alhamdulillah dapat masuk kelas sains. Sekarang byla tengah tunggu tawaran ke SBP atau pun MRSM. Syukur sangat sangat kalau dapat masuk!!

Urm ni nak citer sikit pasal kelas byla sekarang nie. Seriously senyap gila gila. Haha. Byla rasa geng byla je kot yang bising2. Adoiiyaii. Semua senyap senyap je. Kami jelah yang agak bising. Eh bangga pulak jadi geng bising kan.

Ketua kelas pun pendiam gile gila gila.  Dalam beberapa hari ni jelah dia okey sikit. Orang cakap dia tu pemalu. Haha. Memang pemalu tahap kritikal lahh. Tapi lama lama okey lah kot dia.

Eh haah la!! Lupa nak cakap pasal bulu mata! Haha. Panjang bebenoo pulak citer pasal sekolah sampai hampir terlupa pulak dahh.. Haiyaa..

Okey okey jom kita masuk dalam topik mencantikkan bulu bulu di mata ye! Everyone deserved to be beautiful. Sharing is caring!! Jom kita kongsi tips ni sama sama okey!!


Sebenarnya senang je. Amalkan letak minyak zaitun kat bulu mata. Kalau tak de boleh gantikan dengan minyak masak (yang belum digunakan) Tak mau letak yang dah buat goreng ikan tau. Kalau nak minyak wangi berbau ikan boleh lah letakk.Hehe, gurau jelah! Jangan masukkan dalam mata pulak tau! Nanti lain jadinya..Haha. Letakkan kat bulu mata ekk.


Byla biasanya letak minyak zaitun kat bulu mata lepas melentikkan bulu mata guna penyepit bulu mata. Yang macam gambar kat atas tu. Memang okey lahh. Hasilnya insyaallah memuaskan hati. Tak payah pakai maskara dah.Lagipun leceh lah pakai maskara. Nanti nak kena basuh lah,bila nangis buruk mata jadi mata panda,and macam macam lagi bila pakai maskara. Pakai minyak zaitun tak payah dah nak basuh basuh lagi dah. Try lahh tau! Lepas lentikkan bulu mata baru letakkan minyak zaitun atau pun minyak masak goreng ikan.

Haha..selamat mencuba!





Saturday 7 January 2012

Hari ke-3 kat SEKOLAHH !

Assalamualaikum ! Kepada yang dah start ke sekolah amacam? Pe citer? Apa yang pasti mesti semua orang de banyak sangat cerita sepanjang menjejakkan kaki ke sekolah kan. Hehe cam tau tau je kan! Memang lah sebab byla pun de banyak sangat cerita nak citer nih.huhu.Nak dengar tak? Tapi harap maaf! Mungkin anda akan merasakan cerita ini sangat bosan..maafkan saya! Don`t kick me!!

Okey macam nie ceritanya..sebenarnya semalam hari ke 3 kat sekolah. Sebab hari nie hari sabtu kan. Hahaha. Terkelewatan pulak untuk dicerita in..

Hari pertama sekolah tak macam biasa. Byla rasa bersemangat gile!! Yelah kan hari pertama katakan. Bangun pun fuhhh punye lah awal. Then kat sekolah dapat jumpa kawan-kawan. Memang gila happy lah,lame tak jumpa dowang sepanjang percutian yang panjang dulu..

Hari ke 2 sekolah masih bersemangat lagi tapi cuma terbangun lambat seminit je.hehe..hebat kan!
Kat sekolah pulak ada mesyuarat agung bagi kokurikulum. Hari ni mesyuarat untuk unit beruniform dan kelab persatuan. Ala mesyuarat untuk pilih sapa dapat jawatan. Selalunya mesti yang hensem2 cantik2 orang ramai undi kan. Byla pun tak paham apekes. Apa lah yang ada dengan rupa kalau buat kerja pun malas. Bak kata orang `Harap muka je cantik,hensem!`
Tapi alhamdulillah tahun ni dah tak macam tu dah. Untung lah semua dah sedar camna cara nak undi orang. Bukan bila nampak muka hensem je automatik tangan terus angkat! Ish ish ish..Don`t judge book by it`s cover bak kata byla. Haha. Betul la kan peribahasa tu! Sokong!!!
dipendekkan cerita byla masuk Kadet Pertahanan Awam,English Society dan Kelab Ping Pong(macam reti je main ping pong kan.Haha.)

Time mesyuarat agung Kadet Pertahanan Awam,byla tetiba dapat jawatan Setiausaha. Alhamdulillah..terkejut jugak tau. Orang lain dapat jawatan semua kena guna undian tapi byla tupp tupp trus dapat.Alhamdulillah rezeki.Terima  kasih cikgu sebab percayakan saya! Saya janji saya akan buat yang terbaik!! Hiyahh.(jeritan semangat)
Huhu sebenarnya cikgu lantik jadi bendahari pastu tetiba tup tupp cikgu naikkan jawatan jadi Setiausaha.Aduhaii..Akak form 5 tu mesti bengang je dengan byla..huhu. Sori akak!!
Urm nak tau tak?? Nak tau cepat angkat jari kaki! masa tahun lepas kan byla and geng2 byla masuk kawad kaki wakil sekolah tau! Hehe geng ulat buku (kiteorang lah tu!)pun masuk gak tau kawad! Walaupun lembut kitorang kuat tau..hebat kan..
Kawad!! Nie apesal peace peace pulak nihh.

Soryy..Picca tahun lepas lah.


Okey hari jumaat,hari ke 3 sekolah..urm tak ingat lah nak cite apa.Hehe.
Hah!! Hari ni ada mesyuarat agung rumah sukan dengan mesyuarat agung sukan dan permainan. Byla tak pegang jawatan pape dah sebab kat sekolah cikgu tak kasik pegang jawatan bebanyak. Kena bagi peluang kat orang lain gak. Untung kat sekolah byla,cikgu sangat2 lah memahami. I LOVE U TEACHERS!!

Hari ni hari pulak kena pergi sekolah sebab ada perjumpaan pengawas. teacher nak bahagikan tugas2 untuk pengawas. Walaupun hari sabtu tapi kena bangun awal macam biasa jugak. HUhu,tapi takpa lah kan. Byla lagi suka! Then balik daripada perjumpaan pengawas, byla,kazen byla and adik byla pergi alamanda. Saja saja je. Nak jalan2,nak carik buku. Memang bez lahh. Nie first time byla keluar dengan kazen byla. Dengan kawan kawan tu lain cerita lahh kan.
Hehe sambil sambil shopping tu kitorang pun click click tangkap gambar. Huhu. Memang bez lahh. Penat jalan tu berbaloi sangat. Walaupun kaki byla dah menangis kepenatan tetapi kubiarkan saja! Haha.

Okey lah tuje yang byla larat nak type. Dah penat sangat dah nie. Okey tata! Assalamualaikum..



Wahhh comel kan kan kan teddy bear nie..Sapa rasa tedy bear nie  comel macam baju hitam tu cepat beli! Pastu kasi kat byla taw..HAHA ,sebab byla  tak kesampaian nak membeli nye..Huhu tapi takpelah dapat peluk pun jadi lah en. Byla harap byla dapat teddy bear nie free free je. Alahaii berangan lah pulakk!! Wehh sape lah nak kasi ! ( Nak sangat !) ^_^


Okey nie lah kazen byla yang byla ceritakan tu..Yasmin namanya..Bez kitorang jalan jalan. Macam macam kitorang shopping tau. Dia tahun ni akan menduduki peperiksaan PMR. Gudluck  okey!!




Tuesday 3 January 2012

Masa untuk pergi ke sekolah (senyum je!)

Dengan segala hormatnya diumumkan yang...


ESOK SEKOLAH!!
Semua orang, jom kita melompat kegembiraan!

Haha. Bagi kanak-kanak ribena yang masih bersekolah,aku nak ucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH !
Adushh mesti ada gak rasa cam malas je nak sekolah esok kan? Tapi bagi aku,sekolah lah seronok. Kat rumah memang lah seronok jugak tapi kat sekolah seronok dia lain sikit. Kat sekolah banyak pengalaman yang dapat kita kumpul.
Kita dapat belajar banyak ilmu pengetahuan yang bermanfaat,dapat belajar camana nak jadi kawan yang baik,dan yang paling penting kita dapat belajar nilai-nilai murni supaya semua orang senang  dengan kita. Hehe. Lagipun pengalaman bersekolah kita just dapat sekali je seumur hidup. Rugi tau ponteng-ponteng sekolah ni...






Time sekolah lah bezz tau. Tak caya tanya abang-abang kakak-kakak yang dah abis sekolah tuhh. Diorang rindu tau dengan sekolah-sekolah lama diorang.
Nanti bila tua-tua nanti pun kita ada memori yang boleh kita ingat bila duduk bosan-bosan kat atas `kerusi malas`(ni cerita masa tua nanti). Takde lah bosan sangat kan dah tua nanti.Time tu lah golongan-golongan manusia yang suka sangat ponteng sekolah mula rasa menyesal dan sangat menyesal sebab dulu-dulu tak manfaatkan zaman persekolahan. Kerajaan dah bantu pun malas jugak nak pergi sekolah. Apekes hah??

`Tapi takpe lah kan nak wat camna dah terjadi pun`
(Perkataan popular yang mesti orang cakap nye bila menyesal.)

Haishh sebelum terjadi lah kena elakkan. Tak mau ponteng okey!
*Pesanan ikhlas daripada pengawas berwawasan. Senyumm.


Esok pagi-pagi dah kena bangun awal macam biasa. Aku dah siap suruh my mummy tolong kejut pukul 5 pagi esok. Kalau nak suruh alarm phone kejut alamatnya tak bangun-bangun aku. Tidur mati lah katakan.Hehe,bom meletup pun aku tak sedar-sedar. Dengar suara mak aku baru aku sedar. Huhu.
Then pukul 6.30 pagi aku dah kena turun dah tunggu bas. Awal kan...
Aku setiap hari kena naik bas comel berlabel CERIA BESTARI. Bila dengar nama bas aku mesti orang ingat aku naik bas TADIKA kan?? Ish tak lahh. Nie bas sekolah menengah campur sekolah rendah jelahh. Budak-budak tadika belum wujud lagi kat bas aku.

Hari aku rasa waktu berlalu dengan terlalu lambat je. Hehe,nampak sangat kan ketidaksabaran aku nak gi sekolah. Yes! Tak sangka aku cakap ni tapi...
 AKU RINDUKAN SEKOLAH!

Okey lahh. Bagi yang akan bersekolah esok, plezz remember this magical words :
 `When we wake up in the morning,we have 2 simple choices. Go back to sleep and dream,or wake up and chase those dreams`
The choice is yours.Okey, gudluck ek!!

*Leonardo DiCprio. Baru tengok citer Titanic semalam. Sungguh menyayat hati woo.Huhu. Still terbayang-bayang lagi wajah dia. Haha. Nak tengok lagi picca dia? Nah tengok lahh. ^_^