Wednesday 21 December 2011

Result PMR si penulis belog. :-)

Hari yang mendebarkan akhirnya tiba juga! Pagi tadi dengan bersemangatnya aku bangun awal. Hehe sebenarnya kawan aku cik fryna aziz yang mengejutkan aku. Wahh awal bebenoo dia telefon. Mesti bersemangat nih result keluar hari ni. Dia tanya dengan intonasi suara yang sangat lah laju. (Haha. Dia ni memang suka cakap laju macam machine gun. Du du du du dia tanya aku).


Pas dia abis kol rupanya ada mesej daripada kawan lama aku. Then aku pun forward2 mesej dia kat kawan-kawan aku yang lain. Wahh happy nye aku dapat juga contact kawan-kawan lame aku hari ni. Pas result keluar ramai kawan-kawan lama aku contact aku tanya camna result. Ehh jap jap tu nanti.


Okey okey..


Setelah bersiap-siap aku pun dengan bersemangatnya pergi ke sekolah. Masa masuk kat pagar sekolah aku rasa macam aku nak nangis je. Seriously memang aku tak yakin berapa lah aku dapat. Then aku nampak budak-budak sekolah aku masa masuk pagar. Macam-macam fesyen muka yang aku nampak bile masuk kat dalam dewan.


Masa masuk dewan first2 aku jumpa Aripp. Pastu aku tanya lah camna camna semua. Huhu berdebar-debar aku! Aripp cakap aku dapat 8a. Aku pun dalam hati, `eh!! Betol ke ni! ` Aku macam nak menjerit je tapi aku tabahkan ati. `Sabo,sabo`.
Haha. Pastu Arip tunjuk lah kat aku kat mana Teacher Shahril iaitu guru kelas aku. Comel je cikgu aku tu.


Masa sampai kat Teacher aku salam teacher dengan penuh kesantunan. Hehe. Puji diri sendiri pulakk dahh. MAAF,MAAF.


`Teacher,saya dapat berapa teacher?`
Teacher senyum senyum je sambil mencari result pmr aku. Aku dah berdebar-debar dah time tu.huhuu. Nak nangis!


Bila teacher hulur result tu. `8A!!` Terbeliak mata aku tengok slip pmr aku tu. Waah macam di alam mimpi je! Alhamdulillah ya allah!!


Then aku jumpa bezfriend aku,cik farra. Dia pun dapat 8A jugak! wahh happy betul dia. Terserlah kegembiraan dia. Haha. Cik chira pula tak datang tadi,dia kat kampung lagi sebab makcik dia kahwin. So,parents dia yang amikkan result dia. Cik fryna pulak tiba2 je hilang.Dah balik kowt. Tadi aku nampak dia pastu bila aku dah amik result ehh lesap dah dia. Tak sempat nak bertanya khabar. Dia dapat 8A jugak,cik chira pula dapat 7A. Alhamdulillah bestfriend aku and kawan-kawan aku semuanya berjaya dengan cemerlang.


Lepas tu aku jumpa and salam dengan semua cikgu dan kawan-kawan yang sangat lah aku rindui. Beznya hari ni!! Aku happy sangat sangat sampai bibir aku ni tak boleh nak stop mengukir senyuman!


Then balik tu pakcik aku bagi aku RM50 di atas kejayaan aku. Bertambah-tambah lah senyuman aku. Dah sampai kat telinga dah nihh. Seperti yang dijanjikan,ayah aku kena kasi aku RM 80 sebab aku dah berjaya dapatkan 8A. Haiiyaa dah sampai ke mata senyuman aku.Haha,(tipu sangat la sampai ke mata tu.) Tapi ayah aku belum balik kerja lagi. Insyaallah malam ni ayah aku bagi.


`Alhamduliilah ya Allah kerana makbulkan doa hamba`


Aku happy sebab aku and rakan-rakan seperjuangan aku berjaya dalam peperiksaan besar ni. Thank u Allah. Kawan-kawan aku ramai mesej dan call aku.`Wahh rindunya aku kat korang semua!`Aku bersyukur sangat tengok diorang berjaya. Selain itu,hubungan silaturrahim kami pun takkan pernah putus. Kepada semua kawan-kawan aku, `aku sayang korang semua!! Thanks sebab sudi berkawan dengan aku.Aku doakan semoga korang semua sentiasa peroleh kejayaan dan diredhai Allah di dunia dan akhirat.Amin.`


Setinggi-tinggi penghargaan buat kedua ibu bapa saya yang telah banyak berkorban untuk saya,pengetua SMK Putrajaya Presint 14(1),Pn Juriah Bt Bahali, semua guru-guru yang tidak mengenal erti jemu dalam mendidik kami,rakan-rakan seperjuangan yang saya kasihi dan semua warga SMK Putrajaya Presint 14(1). Terima kasih semua!

No comments:

Post a Comment