Thursday, 12 January 2012

Tips mencantikkan bulu-bulu kat mata (bulu mata lahh)

Assalamualaikum..

Haisshh dah lama dah tak update blog nie. Minggu ke 2 sekolah,agak busy sikit lahh. Hehe. Tak nak tanya ke camne kat sekolah ? Bez ke tak??

Okey lah byla akan jawab jugak walaupun tak ditanya. Haha. Kat sekolah bez sangat!! Byla masuk kelas 4 Sau atau lebih dikenali sebagai 4 Seri Saujana. Alhamdulillah dapat masuk kelas sains. Sekarang byla tengah tunggu tawaran ke SBP atau pun MRSM. Syukur sangat sangat kalau dapat masuk!!

Urm ni nak citer sikit pasal kelas byla sekarang nie. Seriously senyap gila gila. Haha. Byla rasa geng byla je kot yang bising2. Adoiiyaii. Semua senyap senyap je. Kami jelah yang agak bising. Eh bangga pulak jadi geng bising kan.

Ketua kelas pun pendiam gile gila gila.  Dalam beberapa hari ni jelah dia okey sikit. Orang cakap dia tu pemalu. Haha. Memang pemalu tahap kritikal lahh. Tapi lama lama okey lah kot dia.

Eh haah la!! Lupa nak cakap pasal bulu mata! Haha. Panjang bebenoo pulak citer pasal sekolah sampai hampir terlupa pulak dahh.. Haiyaa..

Okey okey jom kita masuk dalam topik mencantikkan bulu bulu di mata ye! Everyone deserved to be beautiful. Sharing is caring!! Jom kita kongsi tips ni sama sama okey!!


Sebenarnya senang je. Amalkan letak minyak zaitun kat bulu mata. Kalau tak de boleh gantikan dengan minyak masak (yang belum digunakan) Tak mau letak yang dah buat goreng ikan tau. Kalau nak minyak wangi berbau ikan boleh lah letakk.Hehe, gurau jelah! Jangan masukkan dalam mata pulak tau! Nanti lain jadinya..Haha. Letakkan kat bulu mata ekk.


Byla biasanya letak minyak zaitun kat bulu mata lepas melentikkan bulu mata guna penyepit bulu mata. Yang macam gambar kat atas tu. Memang okey lahh. Hasilnya insyaallah memuaskan hati. Tak payah pakai maskara dah.Lagipun leceh lah pakai maskara. Nanti nak kena basuh lah,bila nangis buruk mata jadi mata panda,and macam macam lagi bila pakai maskara. Pakai minyak zaitun tak payah dah nak basuh basuh lagi dah. Try lahh tau! Lepas lentikkan bulu mata baru letakkan minyak zaitun atau pun minyak masak goreng ikan.

Haha..selamat mencuba!





Saturday, 7 January 2012

Hari ke-3 kat SEKOLAHH !

Assalamualaikum ! Kepada yang dah start ke sekolah amacam? Pe citer? Apa yang pasti mesti semua orang de banyak sangat cerita sepanjang menjejakkan kaki ke sekolah kan. Hehe cam tau tau je kan! Memang lah sebab byla pun de banyak sangat cerita nak citer nih.huhu.Nak dengar tak? Tapi harap maaf! Mungkin anda akan merasakan cerita ini sangat bosan..maafkan saya! Don`t kick me!!

Okey macam nie ceritanya..sebenarnya semalam hari ke 3 kat sekolah. Sebab hari nie hari sabtu kan. Hahaha. Terkelewatan pulak untuk dicerita in..

Hari pertama sekolah tak macam biasa. Byla rasa bersemangat gile!! Yelah kan hari pertama katakan. Bangun pun fuhhh punye lah awal. Then kat sekolah dapat jumpa kawan-kawan. Memang gila happy lah,lame tak jumpa dowang sepanjang percutian yang panjang dulu..

Hari ke 2 sekolah masih bersemangat lagi tapi cuma terbangun lambat seminit je.hehe..hebat kan!
Kat sekolah pulak ada mesyuarat agung bagi kokurikulum. Hari ni mesyuarat untuk unit beruniform dan kelab persatuan. Ala mesyuarat untuk pilih sapa dapat jawatan. Selalunya mesti yang hensem2 cantik2 orang ramai undi kan. Byla pun tak paham apekes. Apa lah yang ada dengan rupa kalau buat kerja pun malas. Bak kata orang `Harap muka je cantik,hensem!`
Tapi alhamdulillah tahun ni dah tak macam tu dah. Untung lah semua dah sedar camna cara nak undi orang. Bukan bila nampak muka hensem je automatik tangan terus angkat! Ish ish ish..Don`t judge book by it`s cover bak kata byla. Haha. Betul la kan peribahasa tu! Sokong!!!
dipendekkan cerita byla masuk Kadet Pertahanan Awam,English Society dan Kelab Ping Pong(macam reti je main ping pong kan.Haha.)

Time mesyuarat agung Kadet Pertahanan Awam,byla tetiba dapat jawatan Setiausaha. Alhamdulillah..terkejut jugak tau. Orang lain dapat jawatan semua kena guna undian tapi byla tupp tupp trus dapat.Alhamdulillah rezeki.Terima  kasih cikgu sebab percayakan saya! Saya janji saya akan buat yang terbaik!! Hiyahh.(jeritan semangat)
Huhu sebenarnya cikgu lantik jadi bendahari pastu tetiba tup tupp cikgu naikkan jawatan jadi Setiausaha.Aduhaii..Akak form 5 tu mesti bengang je dengan byla..huhu. Sori akak!!
Urm nak tau tak?? Nak tau cepat angkat jari kaki! masa tahun lepas kan byla and geng2 byla masuk kawad kaki wakil sekolah tau! Hehe geng ulat buku (kiteorang lah tu!)pun masuk gak tau kawad! Walaupun lembut kitorang kuat tau..hebat kan..
Kawad!! Nie apesal peace peace pulak nihh.

Soryy..Picca tahun lepas lah.


Okey hari jumaat,hari ke 3 sekolah..urm tak ingat lah nak cite apa.Hehe.
Hah!! Hari ni ada mesyuarat agung rumah sukan dengan mesyuarat agung sukan dan permainan. Byla tak pegang jawatan pape dah sebab kat sekolah cikgu tak kasik pegang jawatan bebanyak. Kena bagi peluang kat orang lain gak. Untung kat sekolah byla,cikgu sangat2 lah memahami. I LOVE U TEACHERS!!

Hari ni hari pulak kena pergi sekolah sebab ada perjumpaan pengawas. teacher nak bahagikan tugas2 untuk pengawas. Walaupun hari sabtu tapi kena bangun awal macam biasa jugak. HUhu,tapi takpa lah kan. Byla lagi suka! Then balik daripada perjumpaan pengawas, byla,kazen byla and adik byla pergi alamanda. Saja saja je. Nak jalan2,nak carik buku. Memang bez lahh. Nie first time byla keluar dengan kazen byla. Dengan kawan kawan tu lain cerita lahh kan.
Hehe sambil sambil shopping tu kitorang pun click click tangkap gambar. Huhu. Memang bez lahh. Penat jalan tu berbaloi sangat. Walaupun kaki byla dah menangis kepenatan tetapi kubiarkan saja! Haha.

Okey lah tuje yang byla larat nak type. Dah penat sangat dah nie. Okey tata! Assalamualaikum..



Wahhh comel kan kan kan teddy bear nie..Sapa rasa tedy bear nie  comel macam baju hitam tu cepat beli! Pastu kasi kat byla taw..HAHA ,sebab byla  tak kesampaian nak membeli nye..Huhu tapi takpelah dapat peluk pun jadi lah en. Byla harap byla dapat teddy bear nie free free je. Alahaii berangan lah pulakk!! Wehh sape lah nak kasi ! ( Nak sangat !) ^_^


Okey nie lah kazen byla yang byla ceritakan tu..Yasmin namanya..Bez kitorang jalan jalan. Macam macam kitorang shopping tau. Dia tahun ni akan menduduki peperiksaan PMR. Gudluck  okey!!




Tuesday, 3 January 2012

Masa untuk pergi ke sekolah (senyum je!)

Dengan segala hormatnya diumumkan yang...


ESOK SEKOLAH!!
Semua orang, jom kita melompat kegembiraan!

Haha. Bagi kanak-kanak ribena yang masih bersekolah,aku nak ucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH !
Adushh mesti ada gak rasa cam malas je nak sekolah esok kan? Tapi bagi aku,sekolah lah seronok. Kat rumah memang lah seronok jugak tapi kat sekolah seronok dia lain sikit. Kat sekolah banyak pengalaman yang dapat kita kumpul.
Kita dapat belajar banyak ilmu pengetahuan yang bermanfaat,dapat belajar camana nak jadi kawan yang baik,dan yang paling penting kita dapat belajar nilai-nilai murni supaya semua orang senang  dengan kita. Hehe. Lagipun pengalaman bersekolah kita just dapat sekali je seumur hidup. Rugi tau ponteng-ponteng sekolah ni...






Time sekolah lah bezz tau. Tak caya tanya abang-abang kakak-kakak yang dah abis sekolah tuhh. Diorang rindu tau dengan sekolah-sekolah lama diorang.
Nanti bila tua-tua nanti pun kita ada memori yang boleh kita ingat bila duduk bosan-bosan kat atas `kerusi malas`(ni cerita masa tua nanti). Takde lah bosan sangat kan dah tua nanti.Time tu lah golongan-golongan manusia yang suka sangat ponteng sekolah mula rasa menyesal dan sangat menyesal sebab dulu-dulu tak manfaatkan zaman persekolahan. Kerajaan dah bantu pun malas jugak nak pergi sekolah. Apekes hah??

`Tapi takpe lah kan nak wat camna dah terjadi pun`
(Perkataan popular yang mesti orang cakap nye bila menyesal.)

Haishh sebelum terjadi lah kena elakkan. Tak mau ponteng okey!
*Pesanan ikhlas daripada pengawas berwawasan. Senyumm.


Esok pagi-pagi dah kena bangun awal macam biasa. Aku dah siap suruh my mummy tolong kejut pukul 5 pagi esok. Kalau nak suruh alarm phone kejut alamatnya tak bangun-bangun aku. Tidur mati lah katakan.Hehe,bom meletup pun aku tak sedar-sedar. Dengar suara mak aku baru aku sedar. Huhu.
Then pukul 6.30 pagi aku dah kena turun dah tunggu bas. Awal kan...
Aku setiap hari kena naik bas comel berlabel CERIA BESTARI. Bila dengar nama bas aku mesti orang ingat aku naik bas TADIKA kan?? Ish tak lahh. Nie bas sekolah menengah campur sekolah rendah jelahh. Budak-budak tadika belum wujud lagi kat bas aku.

Hari aku rasa waktu berlalu dengan terlalu lambat je. Hehe,nampak sangat kan ketidaksabaran aku nak gi sekolah. Yes! Tak sangka aku cakap ni tapi...
 AKU RINDUKAN SEKOLAH!

Okey lahh. Bagi yang akan bersekolah esok, plezz remember this magical words :
 `When we wake up in the morning,we have 2 simple choices. Go back to sleep and dream,or wake up and chase those dreams`
The choice is yours.Okey, gudluck ek!!

*Leonardo DiCprio. Baru tengok citer Titanic semalam. Sungguh menyayat hati woo.Huhu. Still terbayang-bayang lagi wajah dia. Haha. Nak tengok lagi picca dia? Nah tengok lahh. ^_^