Saturday, 31 December 2011

Welcome 2012!!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia!!
Wahh tak sangka kan dah masuk 2012 dah tepat jam 12 malam nih.Haiya dah 16 tahun dah aku. Ini bermaksud dah 16 tahun jugak lah aku hidup di dunia yang penuh pancaroba ni.Huhu..takpe byla,be strong!! Bak kata orang, u will never know how strong u are untill being strong is the only choice u have left.

Huhu.Tapi takpe lah walaupun sedih nak tinggalkan tahun 2011 nak buat camna kan. Masa takkan pernah tunggu kita tau.Kalau kita leka sedikit pun pasti kita akan ditinggalkan. Hmm sedih bila teringatkan pahit manis yang dah terjadi tahun ni. ( tarik nafass!!) huhh.. one,two...three...

GOODBYE 2011 !


Welcome 2012 !

Okey semoga tahun baru ini kita semua sama-sama berusaha dengan gigih untuk memajukan diri ok! Yang dah lepas biarlah lepas. Biarlah yang manis tu jadikan kenangan and yang pahit itu dijadikan teladan. Jadikan tahun baru ni untuk kita berubah kepada yang lebih baik..Mudah mudahan kita semua diberkati Allah di dunia dan diakhirat. Ibadah didahulukan,pencapaian diutamakan. :-)




Urmm semua orang mesti ada azam tahun baru kan?? Aku pun ada jugak. Tema azam aku semestinya `jadi lebih baik daripada sebelum ini.`

Hehe. Hari ini aku nak memberitahu azam tahun baru aku. Nak tau tak?? Klau nak tau cepat angkat jari kaki! Haha. Buat lawak pulak aku nih. OKey Okey Doakan semoga aku dapat capai semua azam azam ini tau. Amin.
  • Tahun ni aku nak meningkatkan ibadah aku kepada tuhan yang maha esa, Allah S.W.T. Sebagai manusia biasa aku rasa diri aku nie kerdil sangat,tanpa sedar banyak buat dosa,tak sempurna,selalu buat silap,kadang kadang tanpa aku sedar tersakitkan hati my mummy my daddy and kawan-kawan,terbanyak salah dalam perlakuan dan tutur kata,hmm bila fikirkan balik aku rasa hina sangat. Aku harap tahun ini Allah dapat berikan aku kesempatan untuk melakukan ibadah dengan sempurna dan menjadi lebih baik. Semoga hidup kita semua akan sentiasa dipayungi keredhaan dan keberkatan Allah. Amin.
  • Urm apa lagi ek? Hah aku berazam untuk memperbaiki kelemahan diri aku,menjaga perlakuan dan tutur kata. Aku nak jadi gadis muslimah yang ayu,sopan,dan dihormati masyarakat. Aku akan berusaha supaya my mummy my daddy and kawan-kawan senang dan selesa di sisi aku. I LOVE U ALL !
  • Aku nak belajar sungguh-sungguh! Aku akan pastikan 1 hari nanti aku akan jadi seorang doktor yang berjaya sebab aku nak berbakti kepada kedua-dua orang tua aku,kepada masyarakat dan negara! Tahun depan aku dah form 4,so tak boleh dah nak main-main masa belajar. Semuanya aku kena take it seriously. Berusaha untuk jadi MATURED!!
  • Aku tak tau apa lagi ek azam aku..urm okey okey lastly aku nak menabung untuk masa depan. Setakat ni aku dah dapat dalam rm >300 hasil titik peluh aku mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam PMR. Alhamdulillah rezekiii. Aku berazam nak simpan duit and menjadi orang yang berjimat cermat. Sebelum ni jujur aku cakap,aku langsung tak berjimat cermat.Haha. Oleh itu,aku akan lancarkan peperangan ke atas nafsu yang suka membeli! SERANGGG!!
Itu lah sedikit sebanyak azam aku pada tahun 2012 ni. Thanks kerana sudi baca! I am really appreciate it. ^_^

Setiap yang datang pasti akan pergi..Itu lah lumrah kehidupan. Tabahkan hati !!

Happy NEW YEAR!! Ikhlas daripada -byla-

Wednesday, 28 December 2011

Tips mencantikkan bibir!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia!
Ini ada beberapa tips untuk mencantikkan bibir. Mesti semua orang nak tau kan..kan..kan..Tapi kalau tak nak tau takpe lahh. :-(

Follow lah tips ni kalau rasa berbaloi untuk di follow okey!



1. Lepas gosok gigi,gosok bibir u all guna berus gigi tu dengan berhati-hati. Jangan berus kasar-kasar takut nanti bibir berdarah pulak.huhu. Bila dah berdarah kan susah nak makan.Hati-hati ok! Selain daripada membersihkan bibir,cara ni dapat jugak memerahkan sikit bibir secara semulajadi. Ingat,berus bibir slow low sampai bersih! Kan bila sisa makanan yang ada kat bibir tak dibasuh dengan bersih,nanti bibir jadi gelap. Sebab tu lah sebelum nak tidur kita kena basuh make up,basuh lipstick. Ingat tau..

2.Untuk melembabkan bibir,sebelum tidur sapu minyak zaitun terlebih dahulu. My friend cakap,dia letak planta/marjerin kat bibir. Cantik bibir dia! Merah menyala nyala.Kalau camtu cuba semua letak planta kat bibir untuk tengok camna hasilnya. Mesti berkilat bibir. Tapi jangan letak planta tu banyak-banyak sangat sebab nanti rasa tak selesa dan berminyak. Letak sikit je sebab nanti planta/marjerin tu cair kat bibir pas letak. Try ek!

Sekian,thanks!

Sunday, 25 December 2011

Happy Bufday,, penan!!

26 december.
Nak tau tak apa yang terjadi hari ni?? Ohh cuba lah teka.Hehe.
Okey lah saya akan bagitau. Mesti nak tau kan.Huhu.

Tadaa...

...hari ni birthday kawan lama aku.
Happy birthday my dear friend!!





His name is Muhd Afnan Hakimi. Happy bufday untuk kawan dia jugak! Dia cakap ada jugak kawan satu asrama yang sama birthday dengan dia
He is a really good boy.
Dia classmate aku sejak daripada darjah 4 lagi. 
Dulu geng kitorang pernah jual makanan cam nugget,kentang,gula-gula dll dari rumah ke rumah tau.Haha.
Tapi ini cerita masa sekolah rendah dulu lah time kitorang darjah 4 atau pun 5.
Dapat juga pengalaman jual menjual.Haha.Kitorang jual sebab time tu tak silap aku untuk subjek Kemahiran Hidup. Kitorang kena buat group. Dalam group tu ada aku,Tiqa,Eira,Penan,Nazren and Ikhwan. 
Untung tau sapa kawan dengan dia. Haha. Kembang dia kalau dia tau aku puji-puji dia. Haha.
Maaf.Maaf.

Okey okey..
Inilah bufday boy tu:

Gambar curi kat MS.

Siapa kenal dia cepat angkat jari kaki!
Haha siapa pernah sekolah kat skdtho mesti of course kenal kawan aku ni.
Okey guys jom kita nyanyi ramai-ramai untuk Penan! (nama glamor dia.Hahaa.Sorry Penan.)




`Happy birthday to you..`
`Happy birthday to youuuu..`
`Happy Birthday to Penan..`
`Happy Birthday to you!!`

*amboi merdu sungguh suara aku.Hehe.Terperasan sudah. :-)






Wednesday, 21 December 2011

Result PMR si penulis belog. :-)

Hari yang mendebarkan akhirnya tiba juga! Pagi tadi dengan bersemangatnya aku bangun awal. Hehe sebenarnya kawan aku cik fryna aziz yang mengejutkan aku. Wahh awal bebenoo dia telefon. Mesti bersemangat nih result keluar hari ni. Dia tanya dengan intonasi suara yang sangat lah laju. (Haha. Dia ni memang suka cakap laju macam machine gun. Du du du du dia tanya aku).


Pas dia abis kol rupanya ada mesej daripada kawan lama aku. Then aku pun forward2 mesej dia kat kawan-kawan aku yang lain. Wahh happy nye aku dapat juga contact kawan-kawan lame aku hari ni. Pas result keluar ramai kawan-kawan lama aku contact aku tanya camna result. Ehh jap jap tu nanti.


Okey okey..


Setelah bersiap-siap aku pun dengan bersemangatnya pergi ke sekolah. Masa masuk kat pagar sekolah aku rasa macam aku nak nangis je. Seriously memang aku tak yakin berapa lah aku dapat. Then aku nampak budak-budak sekolah aku masa masuk pagar. Macam-macam fesyen muka yang aku nampak bile masuk kat dalam dewan.


Masa masuk dewan first2 aku jumpa Aripp. Pastu aku tanya lah camna camna semua. Huhu berdebar-debar aku! Aripp cakap aku dapat 8a. Aku pun dalam hati, `eh!! Betol ke ni! ` Aku macam nak menjerit je tapi aku tabahkan ati. `Sabo,sabo`.
Haha. Pastu Arip tunjuk lah kat aku kat mana Teacher Shahril iaitu guru kelas aku. Comel je cikgu aku tu.


Masa sampai kat Teacher aku salam teacher dengan penuh kesantunan. Hehe. Puji diri sendiri pulakk dahh. MAAF,MAAF.


`Teacher,saya dapat berapa teacher?`
Teacher senyum senyum je sambil mencari result pmr aku. Aku dah berdebar-debar dah time tu.huhuu. Nak nangis!


Bila teacher hulur result tu. `8A!!` Terbeliak mata aku tengok slip pmr aku tu. Waah macam di alam mimpi je! Alhamdulillah ya allah!!


Then aku jumpa bezfriend aku,cik farra. Dia pun dapat 8A jugak! wahh happy betul dia. Terserlah kegembiraan dia. Haha. Cik chira pula tak datang tadi,dia kat kampung lagi sebab makcik dia kahwin. So,parents dia yang amikkan result dia. Cik fryna pulak tiba2 je hilang.Dah balik kowt. Tadi aku nampak dia pastu bila aku dah amik result ehh lesap dah dia. Tak sempat nak bertanya khabar. Dia dapat 8A jugak,cik chira pula dapat 7A. Alhamdulillah bestfriend aku and kawan-kawan aku semuanya berjaya dengan cemerlang.


Lepas tu aku jumpa and salam dengan semua cikgu dan kawan-kawan yang sangat lah aku rindui. Beznya hari ni!! Aku happy sangat sangat sampai bibir aku ni tak boleh nak stop mengukir senyuman!


Then balik tu pakcik aku bagi aku RM50 di atas kejayaan aku. Bertambah-tambah lah senyuman aku. Dah sampai kat telinga dah nihh. Seperti yang dijanjikan,ayah aku kena kasi aku RM 80 sebab aku dah berjaya dapatkan 8A. Haiiyaa dah sampai ke mata senyuman aku.Haha,(tipu sangat la sampai ke mata tu.) Tapi ayah aku belum balik kerja lagi. Insyaallah malam ni ayah aku bagi.


`Alhamduliilah ya Allah kerana makbulkan doa hamba`


Aku happy sebab aku and rakan-rakan seperjuangan aku berjaya dalam peperiksaan besar ni. Thank u Allah. Kawan-kawan aku ramai mesej dan call aku.`Wahh rindunya aku kat korang semua!`Aku bersyukur sangat tengok diorang berjaya. Selain itu,hubungan silaturrahim kami pun takkan pernah putus. Kepada semua kawan-kawan aku, `aku sayang korang semua!! Thanks sebab sudi berkawan dengan aku.Aku doakan semoga korang semua sentiasa peroleh kejayaan dan diredhai Allah di dunia dan akhirat.Amin.`


Setinggi-tinggi penghargaan buat kedua ibu bapa saya yang telah banyak berkorban untuk saya,pengetua SMK Putrajaya Presint 14(1),Pn Juriah Bt Bahali, semua guru-guru yang tidak mengenal erti jemu dalam mendidik kami,rakan-rakan seperjuangan yang saya kasihi dan semua warga SMK Putrajaya Presint 14(1). Terima kasih semua!

Monday, 19 December 2011

Result PMR 2011. (harap maklum)

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
TAHUN 2011
Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 22 Disember 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Untuk makluman, peperiksaan bertulis PMR 2011 telah berlangsung pada 4, 5, 6, 10 dan 11 Oktober 2011. Seramai 481,292 orang calon telah menduduki PMR pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011.

Tips memakai tudung ala-ala manusia(memang la manusia!)

Semalam aku pun try la tudung sekolah yang baru dibeli semalam tuhh. Aku nak jahit yang kat bahagian leher tudung tu sebab muka aku ni comel (kecik) je. Aku beli tudung saiz L sebab tu kena jahit sikit bahagian leher dia. Lagipun aku bukannye suka pun pakai tudung pendek macam tak cukup kain.


Sebagai pengawas yang berwawasan,kat sekolah pun kiteorang kena tahan budak-budak yang tudung-tudung pendek nihh.Haiyaa kakak senior nak nasihatkan, cuti ni beli lah tudung panjang sikit ek. U all semua dah sekolah menengah okey. Jangan sampai kene sekat dengan pengawas-pengawas berwawasan tahun depan sudah.


Okey okey sambung cerita..


Daripada niat untuk menjahit tudung, dup dup tiba-tiba aku buat kerja tak berapa gila a.k.a. buang tabiat.
Tadaaa...
Aku main lipat-lipat tudung pulak.Haha.And then aku pun buat la bermacam-macam aneka gaya tudung yang belum pernah dibuat oleh aku. Ni gaya tudung aku ke sekolah dengan penuh semangat setiap hari:


Gaya tetiap hari. : )

Lepas tu aku try lipat yang agak lain daripada kebiasaan aku. Haha. Nak tau camne? Ala buat-buat je nak tau walaupun rasanya semua orang dah tau.

Okey okey mula mula buat tudung macam ni :




Pastu dengan sekuat tenaga u all lipat lah tudung tu sampai atas macam ni :






Okeyy...macam tu lah.Amacam okey tak? Kalau berani cubalah !!
(Siapa rasa gaya lipat tudung camni cute cepat angkat jari kaki!!)

Sunday, 18 December 2011

Persiapan sekolahku!!

Hooray! Hari ni aku and family aku gi shopping baju sekolah untuk next year. And tadaa!! Aku pun berjaya membeli beg warna merah yang aku impikan sejak kat dalam kereta tadi. Happy sungguh aku rasakan.huhu. Sebelum ni tiap2 tahun (sejak aku form 1,masa sekolah rendah semestinya beg aku yang comel ni wana pink.Pencinta pink la katakan. And now,aku really2 fall in love dengan warna merah yang aku rasakan sungguh hot untuk aku yang sejuk cool nih.) aku asyik asyik beli beg warna coklat je sebab aku takut a.k.a malu nak pakai beg warna terang-terang sangat. Ish bila aku pikirkan balik aku cam takut je nak pakai beg yang baru dibeli tadi tuhh. Tak pasal pasal aku kena kejar dengan lembu-lembu kat tepi jalan tu. TIDAKKK!! Ohh.. uhh maafkan saya! Baru tersedar daripada lamunan yang mengerikan itu. Maaf,maaf..

ni lah beg sekolah aku untuk tahun depan. Lawa tak lawa tak? Haha.Mestilah!! Tengok lah siapa owner nye. :-D


Setelah terperasan seketika,aku nak sambung citer apa yang dibeli oleh aku tadi.hehe. Maaf maaf agak membosankan sedikit cerita saya ini!


Okey okey.

Tadi family aku just shopping baju sekolah untuk aku,adik aku dan adik aku dan adik aku. Haha. Betapa peliknya ayat itu tadi. Urm diringkaskan citer, aku ada 2 orang adik lelaki,seorang adik perempuan dan seorang abang. (maaf,abang-abang angkat tidak termasuk ye!)

Abang aku takde beli apa-apa barang pun.Lagipun abang aku yang tersayang tu baru je abis SPM baru-baru ni. So,abang aku just jadi tukang tengok dan tukang mengangkat barang.heee.sian dia.
Adik aku lak tahun depan akan memasuki sekolah menengah. Dah form 1 dah adik aku,ishh terasa tua pulak aku. Hmm yang aku risaukan pasal adik aku tu koz tahun depan dia kena sekolah kat SMK DABB. Ramai kawan-kawan aku cakap sekolah tu teruk. Aku tak tau lah betul ke tak tapi yang pasti aku risau sangat kalau adik aku pun jadik teruk. Harap harap dijauhkan itu semua!!Amin..
Adik aku yang last sekali tu pulak tahun depan baru nak masuk tadika. Haha. Susah betul nak cari kasut sekolah dia koz badan dia yang comel sangat tuh. And last last tak beli un kasut dia. Kesian adik aku tu. Punye la semangat nak sekolah tahun depan.


Urmm aku pun dah tak tau nak cakap apa lagi. Tuje lah agaknya.Haha. Bosan kan citer nie!! Sape setuju angkat kaki u all yang absolutely wangi tu! Waah memang wangi..  Okey okey bubye! Salam.




Pencil box yang aku baru beli tadi.Haha. Agak pinky tapi ada warna merah taw!


                  picture Kasut pengawas yang berwawasan. Haha. Memperasankan diri pulak! 

Thursday, 15 December 2011

Penantian pmr`s candidates.

hey!! patrick say hi..
`hi all! how`s your holiday?`,Patrick Star said.


Ehh apa yang aku merepek nihh.


urm pejam celik pejam celik..dah almost 4 weeks cuti sekolah.sepanjang cuti ni la aku sedaya upaya mengumpul lemak dengan makan dan terus makan.haha.dah macam Patrick Star pulak aku.






Hmm pejam celik pejam celik..next week akhirnya keluar gak result pmr. Inilah yang ku nanti nantikan selama ini.huhuu. Kawan aku cakap result PMR 2011 keluar 22 December 2011 ni. Aku pun tak pasti bila. Kawan aku yang lagi satu pulak cakap 21 December. Aishh aku pun tak tau lah bila result nak keluar. Yang sure sekarang ni aku dup dap dup dap je.


Anyway,aku harap semua candidates PMR 2011 mendapat result yang `terbaikk` bak kata atuk Boboi Boy. Huhu. Berdebar-debar jantung aku. Seriusly aku sangat-sangat la gementar. Oleh sebab aku pasti aku akan menangis masa amek result nanti (biasa lah orang perempuan kan..) so,hari tu masa aku gi shopping dengan mak aku, tadaa!! Aku pun berjaya membeli sapu tangan cute berwarna merah iaitu favourite colour aku..yay! Dengan happy nye aku melompat kegirangan. Aku saja saja je beli sapu tangan tu untuk lap air mata aku nanti.


Hehe..Semoga aku dan rakan-rakan seperjuangan dan all PMR 2011 candidates dapat result yang cemerlang.Amin.


p/s: rindunye aku kat korang semua !!

Sunday, 4 December 2011

DIFFERENT OF CRYING



When i was a baby,it made to know that i`m NORMAL.
Now,i`m crying because things not NORMAL and keeps FALLIN` DOWN.


When i was a little kid,the person who made me cry are the one that I HATE THE MOST.
Now,the person who make me cry are the one that I LOVE THE MOST.


When i was a little kid, i used to cry because of BREAKING TOY.
But now,i used to cry because of BREAKING HEART.



LOVE


We think about it
We dream about it
We sing about it
We loose sleep about it


When we don`t have it,
we search for it.


When we do have it,
we`re afraid of loosing it.


When we discover it,
we don`t know what to do with it.


It is a short word.


Easy to spell.


Difficult to define.


Impossible to live without.


Love is beautiful but make sure it`s beauty do not ruin your life!


Love not only means CINTA
Love also means SAYANG


Love not only for COUPLES
Love also for FRIENDS


Love not only end with marriage
Love also end with FRIENDSHIP FOREVER.


And the most important,love YOURSELF before you love others.

Sunday, 13 November 2011

i just LOVE it.really2!!

huhu.semua orang mesti de fevret food masing2 kn?? indahnye dunia bile dpt mencekik makan makanan yg disukai lagi digemari. bile dpt makan banyak2 lagi la best gilerr.(wah sampai gile dibuatnye). hee tapi opss!! jgn over dos pulakk.! bahaye tuhh.huhu.ni nak share nie. saya suke sgt makan nie:

dan nie



dan nie jugak

Eclairs

ini punn!! ehh silap2



nie gorilla yg kt dlm iklan coklat cadbury tu.comel kn dia.
sambung balikk pasal my fevret..nie pun!! haha.banyak pulak coklat yang saye suke.



tapi nak tau tak pe yg lagi saye suke?? hee saye suke bile de orang bg saya coklet.nti saye akan ckp cmnie


`ehh nape kasi nie? `


`buat susah2 je.`


`terima kasih ek,susah2 je.`


haha.beria ria je cover2 bagi tak nampak sgt ke`excited`an (asal pelik sgt ayt nihh) bile dpt coklat free2 jee.hehe.alhamdulillah rezekiku. walau ape pun thanks sgt2 kepada pemberi2 coklet yg tersangat larh baek hati memberi coklet yg sedapp kepada saya.huhu.tidak mungkin saya akan melupakan jasa2 anda.trimasss..i`m very appreciate it.thank uu...(namun diharap anda semua tidak mengharapkan apa2 balasan apabila memberi coklat ataupun hadiah kepada sesiapa pun..ikhlas kan larh niat anda apabila ingin memberi sesuatu kpd seseorang.jika di lubuk hati yg paling dalam terdapat sedikit ketidak ikhlasan,terdapat perasaan memberi sesuatu untuk mendapat balasan drpd si penerima,lupakn lah saja niat untuk memberi itu.makan saja cokelet itu sendiri.)
T_T

Saturday, 12 November 2011

rOmantic CountriEs

These are some of the romantic countries in the world.


H.O.L.L.A.N.D
hope.our.love.lasts.and.never.dies


I.T.A.L.Y
i.trust.and.love.you


L.I.B.Y.A
love.is.beauttiful.;you.also


and this is my fav....


F.R.A.N.C.E
friendship.remains.and.never.can.end